Friday 14 June 2013

Kurma Maryami

Teks : Aizmallsunnahonline



 
1 kg RM52RM10 pos skynet semenanjung
RM15 pos skynet sabah sarawak


Khasiat dan kelebihan kurma

Buah kurma atau dalam bahasa arab tamar tergolong dalam keluarga phoenix. Kurma mengandungi khasiat yang sangat tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C, zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.
 
Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak, kerana telah terbukti di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil atau selepas besalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau lemah selepas bersalin.
Firman Allah :-
Maksud : “Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan.”
Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda mengenai hal ini, sabdanya : “ Beri makan buah tamar kepada isteri – isteri kamu yang hamil dan barangsiapa yang memakan buah tamartersebut semasa hamilnya, maka anak – anak yang lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa a.s adalah buah tamar. Sekiranya Allah ada menjadikan sesuatu buah yang lebih baik daripada tamar sudah tentu Allah telah memberikan (kepada Siti Maryam)”

No comments :

Post a Comment