Friday, 14 June 2013

Cuka Kurma

Teks : Aizmallsunnahonline


 
RM 25
250 ML
RM10 POS SKYNET SEMENANJUNG
RM 15 POS SKYNET SABAH/SARAWAK
 

 
Cuka kurma bermanfaat mengubati radang perut, mencegah penyakit kuning dan mencegah ubat-ubat kimia yang membunuh, bahkan boleh mencairkan susu ibu dan darah, bila terjadi pembekuan di dalam tubuh. Berguna juga untuk limpa, membasahkan perut, menguatkan otot perut, menghilangkan dahaga, mencegah pembengkakan, membantu metabolisme, melawan kahak, melembutkan makanan 'berat' serta melancarkan darah.... Diminum dengan campuran garam, berkhasiat mengubati racun akibat cendawan membunuh. Apabila dibuat gulai, boleh memotong tonsil yang tumbuh dihujung langit-langit rongga mulut. Apabila digunakan untuk berkumur dalam keadaan hangat, berkhasiat mengatasi sakit gigi dan menguatkan gusi. Cuka juga berkhasiat untuk mengubati cengkam (luka bernanah di sekitar kuku), disapukan di bahagian sakit, mengubati gigitan semut, bengkak panas, luka bakar, menambah nafsu makan, menenangkan perut.
(Sumber: Buku Mengubat Cara Nabi, terbitan Al-hidayah)
 
 

KENAPA CUKA DARIPADA BUAH KURMA?
Kebaikan buah kurma disebut sebagai makanan yang dapat mengubati masalah darah, masalah usus, masalah hati, hempedu, lemah jantung, menambahkan air mani, masalah kerongkong dan mulut, menambahkan nutrisi tubuh badan, mematikan kuman (bakteria), masalah migrain dan penawar racun dalam badan yang sangat baik.
Bersabda Rasulullah S.A.W., “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Hadis riwayat Imam Bukhari 10/203, dan Imam Muslim)

Jus Delima

Teks : Aizmallsunnahonline



RM30 termasuk pos skynet
semenanjung sahaja

Info produk:

250 ML
Botol kaca
 
 
Cara makan dewasa2 kali sehari. 1 sudu sebelum makan, pagi dan malam. Boleh tambah madu jika mahu, atau bancuh dalam air suam

Untuk kanak-kanakSediakan seperti minuman, tambah gula dan ais. Sesuai minum sejuk dan suam.

Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).

MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.

DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGIDelima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.

MELAWAN PENYAKIT JANTUNGDelima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan pembentukan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

MERANGSANG TENAGA BATINJus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga mencegah ketidaksuburan dan kemandulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra', dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.

MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.

MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANISMeminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”

MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MICROBICIDEKeputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.

MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kelenjar prostat. Kebanyakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.

DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Wisconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.

MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.

MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyanyuk)Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.

MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.

DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
~Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
~menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).
~menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
~kulit bayi anda sihat, gebu dan cantik

MELINDUNGI OTAK BAYIKajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.

LAGI KHASIAT DELIMA
~Melawan penyakit gout
~mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
~merawat 'sinus'
~meningkatkan tenaga
~menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
~Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
~menormalkan fungsi hati
~menstabilkan peredaran darah
~merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
~mencuci darah kotor

Jus Kurma plus Kismis

Teks : Aizmallsunnahonline



 
RM26 semenanjung
RM30 sabah sarawak
RM10 pos skyent semenanjung
RM15 sabah sarawak
 
 
Berubat dengan kurma. Kurma adalah antara buah yang disebut dalam al-quran. Beberapa kajian dan penelitian moden telah pun membuktikan buah tamar bermanfaat untuk kesihatan manusia.
 -Memakan kurma secara teratur sebagai anti penuaan
-Mampu meningkatkan ghairah dan ketahanan seksual
-Kurma disarankan untuk ibu sedang hamil dan dalam pantang.
-Kurma sebagai ubat rawatan rahim
-Menyembuhkan penyakit saraf
-Menambah ghairah seks
-Baik untuk buah pinggang, hati dan menyembuhkan kanser
-Bagus untuk wanita hamil dan menyembuhkan penyakit kanser
-Membantu menambah selera makan
 
(Sumber: Buku, berubat dengan buah tamar Ahmad Salim Baduwailan, terjemahan Muhammad Uris Hasnan Sidik, terbitan Al-Hidayah)

Cuka Epal

Teks : Aizmallsunnahonline



 
500 ml
botol kaca
RM 25
RM10 Post skynet semenanjung
RM 15 post skynet sabah/sarawak
 
 

 
Khasiat dan kelebihan cuka epal

1. Merangsang pemecahan lemak
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Menguatkan tenaga dalaman
4. Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak
5. Melawaskan usus besar dan kecil
6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
7. Masalah kulit seperti jerawat
8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak
9. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu
10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)
11. Melembapkan dan mengencangkan kulit
12. Mencegah dan mengawal selulit
13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha
14. Meredakan sakit dan sengal sendi
15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah
16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang
19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya

Kurma Maryami

Teks : Aizmallsunnahonline



 
1 kg RM52RM10 pos skynet semenanjung
RM15 pos skynet sabah sarawak


Khasiat dan kelebihan kurma

Buah kurma atau dalam bahasa arab tamar tergolong dalam keluarga phoenix. Kurma mengandungi khasiat yang sangat tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C, zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.
 
Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak, kerana telah terbukti di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil atau selepas besalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau lemah selepas bersalin.
Firman Allah :-
Maksud : “Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan.”
Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda mengenai hal ini, sabdanya : “ Beri makan buah tamar kepada isteri – isteri kamu yang hamil dan barangsiapa yang memakan buah tamartersebut semasa hamilnya, maka anak – anak yang lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa a.s adalah buah tamar. Sekiranya Allah ada menjadikan sesuatu buah yang lebih baik daripada tamar sudah tentu Allah telah memberikan (kepada Siti Maryam)”